BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 19, 2012


SENI PERSILATAN MELAYU


Hari nie sengaja aku cakap pasal silat... nttah kenape.. tetiba stahun lepas minat gila2 pasal martial art lepas baca komik... hehehe.. mcm budak2..

dalam mencari2 martial art mana yg aku sesuai nak belajar.. yelaa.. takut terpesong dari niat asal.. niat nk pertahankan diri... tiba2 tergerak hati nak belajar sejenis silat nie.. SILAT CEKAK.. memang silat nie pada aku special.. sbb nie bkn silat pendekar melayu yg biasa sebab asal usul silat nie bkn dari tanah melayu... asalnya dari Parsi... diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah dahulu.. bermula apabila Sultan Muzaffar Shah mewarisi (Pra Ong Mahawangsa) dari Sheikh Abdullah Rafaei. Kemudian di warisi oleh Panglima Ismail salah seorang panglima kerajaan Kedah. Panglima Ismail kemudianya mewariskan kepada Panglima Tok Rashid. Panglima Tok Rashid kemudiannya mewariskan kepada anak angkatnya iaitu Yahya Said. Selepas beberapa tahun terpendam Yahya Sais menurunkan semua ilmu Silat ini kepada Ustaz Haji Hanaffi bin Haji Ahmad. Bermulalah era baru Silat Cekak.

Specialnya silat ini merupakan antara 3 silat yg diyakini diilhamkan dari pergerakan solat..( Silat Cekak, Silat Kalimah, dan Silat Kuntau Tekpi )


Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga.

Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas.

Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia.

Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus( berdiri sembahyang ) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak. Bermakna, dalam silat ini xde kekuda seperti martial art lain. Malah, kalaupun angkat kaki nk sepak pun xlebih dari paras lutut. menarik kan??.. masalah betul kalau cerita kat budak2 martial art laen mcm taekwondo, silat gayung, dan karate... dowg xpcaya yg boleh pertahankan diri.. tp sbenarnya inilah kelebihannya.. penyerang takkan tahu sama ada pesilat sudah dlm keadaan bersedia atau leka.. kalau keadaan bersedia menunggu serangan adalah berdiri tegak, bermakna setiap masa kita dalam keadaan bersedia. Seranglah waktu mana pun seorang penuntut silat cekak sentiasa bersedia. Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak Hanafi menyerang. Jadi takkan ada isu salahguna ilmu silat atau mengamuk tak tentu arah.

Memang sangat simple pergerakan buah2 silat nie.. Silat cekak x byk buah.. Hanya 21 jer.. dari asal yg Ustaz Hanafi dpt ada 27 buah... 6 buah disingkirkan sbb xbrpa prktikal.. dan ade yg diserap mnjadi buah yg sama dlm 21 buah asas jatuh...

Silat nie ada pantang larang dia.. jangan main2.. kena akad janji dengan Guru Utama. Nie pantang larang dia.

PANTANG LARANG

1. Tidak menderhaka kepada Guru
2. Tidak menderhaka kepada Ibu
3. Tidak menderhaka kepada Bapa
4. Tidak bergaduh sesama ahli
5. Tidak mencaci silat melayu asli yang lain.

Sangat digalakkan dan sesuai bagi kaum perempuan nk belajar ilmu pertahankan diri sebab mudah dipelajari dan xde pergerakan extreme.. Tak jadi masalah bagi yg montel2 or terlampau kecik or kurus kering, walhal dalam silat cekak penah ada orang buta yg tamatkan pengajian silat nie.. Itu maksudnya "cekak".. Mudah... suma jenis boleh belajar.. Tp kena umur capai 18 baru boleh tamatkan belajar silat nie or nk mula belajar silat nie.. Sbb kan ker kita lepas 18 kira mula dewasa.. memang itu saranan arwah Ustaz Hanafi..





Thursday, September 29, 2011

MEMANG TERASA DALAM....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
... ... ...
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je

Thursday, March 25, 2010

TiTiK Hitam Ingin Ku Padam


Tak pernah terlintas,

Niat di sanubari,

Walaupun hanya sekali,

Untuk ku lalu ke jalan ini,

Yang dahulu aku tegah,

Yang dahulu aku jaga,

Yang dahulu aku bataska,.

Namun,

Terjunnya aku ke gaung itu,

Dek kerna iman yang rapuh,

Benteng yang goyah,

Bata imanku

Tak mampu menampung,

Godaan nafsu sekarah,

Ya tuhan,

Ampunkan daku,

Ingin aku kembali,

Merasai kemanisan,

Yang dahulunya milikku,

Yang dahulunya aku rasa,

Dengan lidah hati dan tangan jiwa,

Ampunkan aku ya tuhan,

Andai dosa ku ulang,

Dek kerna jiwaku yang jauh,

Jauh…..

Daripada Mu,

Namun,

Di hati ku ini,

Ingin ku kembali,

Ke jalan damai dahulu,

Bawakan hatiku pada Mu,

InsyaAllah takkan ku ulangi.

Tuesday, February 2, 2010

LONELY….I’M A LONELY…I HAVE NOBODY….. I ‘M ON MY OWN….


Pernah kan setiap dari kita berasa amat kesunyian. Bayangkan kalau kita tak ramai kawan…. nak kawan orang lain buat tak layan….dah orang menjauhi kita..(pulaukan) . Ape korang fikir???...bleh gila jadinya….memang sedih kalau orang pandang serong dalam setiap perbuatan kita….main pown sorang2 …xde sapa nk kawan…keluar rumah pun tak boleh….limit sampai pagar depan rumah jer…..ibarat merbok dalam sangkar, sangkarnya emas, hati tetap gusar.( pepatah aku buat sendiri) ….tapi kita kena bersyukur dapat berkawan …bermain… bergurau… malangnya sesetengah daripda kita kufur nikmat … ade kebebasan, buat tak tentu hala tuju… dari mlepak kat warung kaki lima… baik surf internet, baca buku, pi ceramah ke…hargailah apa yang kita ada sebelum nikmat tu Allah tarik balik…jangan diskriminasi golongan nerd, skema, dan yang kurang upaya,…walaupun diorang ni tak bebas dan selalu dicmuh tapi diorang jugak ade perasaan…. JANGAN SUKA MENGUTUK ORANG, MUNGKIN YANG DIKUTUK ITU LEBIH MULIA DARIPADA KITA!!!!

LAMA NYE.......

DAH LAMA AKU TAK BUKA BLOG....SAMPAI TERLUPA PLAK YANG AKU ADA BLOG...KINI AKU NAK START BALIK POST CITE2 BARU....WALAUPUN AKU BKAN LA SEBAIK MANA...AKU JUGA SEDANG INGATKAN DIRI SENDIRI......RINDU NAK BLOGGING...

Tuesday, September 1, 2009

Lagu Sammi Yusuf... best

Wednesday, August 12, 2009

alahai.....


Pernah sekali aku tengok citer omputih. Ade dalam satu babak dalam citer tu yang sorang perempuan seksi masuk ke pub …pada masa tu seorang lelaki di sebelah pempoan tu curi2x tengok dua bijik “nasi lemak” kat pempoan tu… pastu pempoan tu sedar yang lelaki tu tengah buat pervent kat dia..so dia pun marah lee kat laki tu siap penampar … time nie yang aku cukup hairan sesangat ….siapa yang patut dipersalahkan pempoan tu ke laki tu …. Tapi aku rasa la bukan salah laki tu la sebab pempuan tu yang galak pakai seksi seksi nak tarik perhatian, nak perasan lawa, tapi apsal plak marah bila orang tengok dekat dekat ko jugak yang bukak. Itulah yang paling baiknya ajaran Islam suruh tutup aurat tak payah nak malu kat orang… orang lelaki pun terjaga daripada melakukan zina mata. Heboh sekarang nak adakan pendidikan seks kat sekolah tapi yang rasionalnya Pendidikan Islam harus menjadi wadah menyampaikan ilmu ini kerana kebanyakan gejala social dilakukan remaja Islam ( tapi tak ikut ape yang Islam ajarkan). Yang satu lagi jadi masalah ialah bila sorang kawan nak buat baik, kengkawan yang lain kate dia ALIM TERLEBIH pulak. Terbantut niat kawan yang nak buat baik tu… kesian …………