BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 19, 2012


SENI PERSILATAN MELAYU


Hari nie sengaja aku cakap pasal silat... nttah kenape.. tetiba stahun lepas minat gila2 pasal martial art lepas baca komik... hehehe.. mcm budak2..

dalam mencari2 martial art mana yg aku sesuai nak belajar.. yelaa.. takut terpesong dari niat asal.. niat nk pertahankan diri... tiba2 tergerak hati nak belajar sejenis silat nie.. SILAT CEKAK.. memang silat nie pada aku special.. sbb nie bkn silat pendekar melayu yg biasa sebab asal usul silat nie bkn dari tanah melayu... asalnya dari Parsi... diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah dahulu.. bermula apabila Sultan Muzaffar Shah mewarisi (Pra Ong Mahawangsa) dari Sheikh Abdullah Rafaei. Kemudian di warisi oleh Panglima Ismail salah seorang panglima kerajaan Kedah. Panglima Ismail kemudianya mewariskan kepada Panglima Tok Rashid. Panglima Tok Rashid kemudiannya mewariskan kepada anak angkatnya iaitu Yahya Said. Selepas beberapa tahun terpendam Yahya Sais menurunkan semua ilmu Silat ini kepada Ustaz Haji Hanaffi bin Haji Ahmad. Bermulalah era baru Silat Cekak.

Specialnya silat ini merupakan antara 3 silat yg diyakini diilhamkan dari pergerakan solat..( Silat Cekak, Silat Kalimah, dan Silat Kuntau Tekpi )


Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga.

Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas.

Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia.

Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus( berdiri sembahyang ) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak. Bermakna, dalam silat ini xde kekuda seperti martial art lain. Malah, kalaupun angkat kaki nk sepak pun xlebih dari paras lutut. menarik kan??.. masalah betul kalau cerita kat budak2 martial art laen mcm taekwondo, silat gayung, dan karate... dowg xpcaya yg boleh pertahankan diri.. tp sbenarnya inilah kelebihannya.. penyerang takkan tahu sama ada pesilat sudah dlm keadaan bersedia atau leka.. kalau keadaan bersedia menunggu serangan adalah berdiri tegak, bermakna setiap masa kita dalam keadaan bersedia. Seranglah waktu mana pun seorang penuntut silat cekak sentiasa bersedia. Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak Hanafi menyerang. Jadi takkan ada isu salahguna ilmu silat atau mengamuk tak tentu arah.

Memang sangat simple pergerakan buah2 silat nie.. Silat cekak x byk buah.. Hanya 21 jer.. dari asal yg Ustaz Hanafi dpt ada 27 buah... 6 buah disingkirkan sbb xbrpa prktikal.. dan ade yg diserap mnjadi buah yg sama dlm 21 buah asas jatuh...

Silat nie ada pantang larang dia.. jangan main2.. kena akad janji dengan Guru Utama. Nie pantang larang dia.

PANTANG LARANG

1. Tidak menderhaka kepada Guru
2. Tidak menderhaka kepada Ibu
3. Tidak menderhaka kepada Bapa
4. Tidak bergaduh sesama ahli
5. Tidak mencaci silat melayu asli yang lain.

Sangat digalakkan dan sesuai bagi kaum perempuan nk belajar ilmu pertahankan diri sebab mudah dipelajari dan xde pergerakan extreme.. Tak jadi masalah bagi yg montel2 or terlampau kecik or kurus kering, walhal dalam silat cekak penah ada orang buta yg tamatkan pengajian silat nie.. Itu maksudnya "cekak".. Mudah... suma jenis boleh belajar.. Tp kena umur capai 18 baru boleh tamatkan belajar silat nie or nk mula belajar silat nie.. Sbb kan ker kita lepas 18 kira mula dewasa.. memang itu saranan arwah Ustaz Hanafi..