BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 10, 2009

Hayati Makna Kecantikan Yang Sebenar


“ Kita punya Barbie cantik tau, cantik lagi dari awak punya,” kata seorang Siti sambil menayang patung Barbie Doll kepunyaannya.

“ Kita punya Barbie lagi….cantik dari awak, tengok kita bagi dia pakai baju merah,” tegas rakan sepermainan Siti sambil menayangkan Barbie Doll kepunyaan yang dipakaikan baju merah.

“Tulah awak tak ikut trend skarang, kita ada baju Barbie yang boleh bertukar jadi pari-pari macam dalam cerita dia tu,” siti menjawab kembali kerana dirasakan tercabar dengan kata-kata rakannya.

Haih… lihatlah anak kecil zaman sekarang sudah pandai dengan fesyen, trend terkini, baju tak cukup kain, mini skirt dan macam macam lagi budaya barat yang bisogokkan dan diterapkan dalam pemikiran anak kecil. Anak kecil sering kita ibaratkan dengan kain putih, hanya mampu menerima apa sahaja warna untuk dicorakkan padanya. Permainan mereka kini dihiasi budaya dan kegilaan untuk tampak cantik dan bergaya. Apatah lagi golongan remaja, kini trend untuk menggayakan baju ketat, seluar sendat dan tudung singkat menjadi kegilaan terutamanya remaja perempuan muslim.

Sedar atau tidak bahawa kecantikan dan keanggunan yang dikejar wanita barat bukannya menyerlahkan sifat dan kecantikan wanita tetapi hanya bagi mencuci mata-mata yang tidak berhak melihatnya (bukan muhrim) . Solekan yang tebal dan tak kurang juga yang mengubah bentuk ciptaan Tuhan menjadi perkara biasa dan menjadi kebanggaan untuk mempertontonkan kepada umum. Sebenarnya wanita di Barat sudah lama ditindas dan dipermainkan perasaan mereka oleh kaum lelaki yang secara sewenang- wenangnya meletakkan piawaian mengenai kecantikan. Kecantikan yang wanita Barat kejarkan hanya bagi memenuhi selera dan agar mendapat pujian kaum lelaki yang mempermainkan emosi dan maruah diri mereka tanpa disedari.

Sebagai seorang muslim semestinya kita telah diajar bagaimana menjaga perhiasan diri yang telah Allah kurniakan. Kurnian yang diberikan kepada kita seharusnya dijaga dan hanya di lihat oleh yang berhak melihatnya. Konsep aurat yang merupakan pendidikan seks yang telah Islam terapkan seawal usia baligh menjadi panduan untuk kita turuti, kerana hukum Allah ini bukan bertujuan memberi kesulitan tetapi menjaga manusia agar terus menjadi insan yang berharga diri dan generasi pewaris yang lahir adalah hasil daripada hubungan yang suci ikatan cinta dua insan yang sentiasa taat serta patuh pada ajaran Islam.

Mafhum surah An – Nur ayat 30 dan 31

Katakanlah (wahai Muhammad ) kepada orang orang lelaki supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan perempuan Islam atau hamba hamba mereka atau orang gaji dari orang orang yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Konsep aurat telah diperkenalkan oleh Allah seawal penciptaan Adam a.s. yang mencakupi anggota badan yang meliputi organ pembiakan manusia. Apabila keindahan dan kecantikan luaran dihalang daripada pandangan umum lalu, Allah melahirkan dalam setiap insan kecantikan yang baru iaitu kejelitaan insaniah sebagai ganti atas ketaatan menurut perintahnya. Dengan, jika ada manusia yang membelakangi arahan Allah lalu mendedahkan kecantikan luaran dengan penuh bangga untuk dipertontonkan kepada semua orang bukan menjadi suatu perkara yang menghairankan jika terjadinya perkara yang memalukan seperti rogol dan zina.

FIKIR-FIKIRKAN BUAT RENUNGAN